Kek yang ringan, gebu, creamy, dan cair di mulut. Tak memerlukan sebarang tepung dan sedap dimakan sejuk-sejuk. Resepi asal dari Ancoo Journal. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/04/resepi-baked-blueberry-cheesecake-kek.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Baked Blueberry Cheesecake (Kek Keju Blueberry Bakar)

Kek yang ringan, gebu, creamy, dan cair di mulut. Tak memerlukan sebarang tepung dan sedap dimakan sejuk-sejuk. Resepi asal dari Ancoo Journal. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/04/resepi-baked-blueberry-cheesecake-kek.html

BAHAN-BAHAN

  • 100g biskut marie, dihancurkan (atau guna oreo)
  • 100g butter, dicairkan (kalau guna oreo, guna 50g butter saje)
  • *Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.
  • Bahan cream cheese:
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 65g whipping cream @ fresh cream
  • 30g gula kastor
  • 3 kuning telur Gred A
  • 1/2st esen vanila
  • 1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi
  • 30g gula kastor
  • 3 putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar (optional)
  • 200g blueberry filling
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. UPDATE: Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu.
  • Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
  • Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
  • Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  • Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di’rotate’kan.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
  • ***Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN