30 minit termasuk cuci ayam… bila buat teringat arwah bapa yang suka sangat masak ayam ni…tapi dia suka seekor terus tak potong

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam wuduk

30 minit termasuk cuci ayam… bila buat teringat arwah bapa yang suka sangat masak ayam ni…tapi dia suka seekor terus tak potong

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 3 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 1 camb ketumbar biji
  • 1 camt jintan manis
  • 1 camt jintan putih
  • 1 biji kelapa/santan
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun salam (jika ada)
  • 1 cili merah dan hijau untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit.
  • Goreng tanpa minyak ketumbar, jintan manis dan jintan putih dan kisar halus.
  • Tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing sedikit dan masukkan pula rempah (2) tadi
  • Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam tinggal sedikit baru masuk santan. Biar mendidih dan masukkan asam keping dan daun salam.
  • Akhir sekali masukkan cili merah dan hijau dan suaikan rasanya (garam dan aji jika perlu)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN