Biasanya boleh rasa masakan ni di kedai nasi kandar je…Resepi dari seorang sahabat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Wangge

Biasanya boleh rasa masakan ni di kedai nasi kandar je…Resepi dari seorang sahabat

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam – di goreng dengan garam + kunyit
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 cm halia – ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 camca cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
  • 2 camca sos tomato
  • 2 camca gula
  • 4 camca kicap
  • 2 camca serbuk kari
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan yang ditumbuk dibahagikan kepada 2 bahagian – 1 bahagian dicampur dengan kulit kayu manis, daun kari dan bunga lawang. Ditumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
  • Campurkan cili boh, sos tomato, gula, kicap, serbuk kari dengan bahan tumbuk yang selebihnya tadi
  • Campuran rempah dimasukkan kedalam bahan tumisan tadi dan dikacau dengan api perlahan
  • Tambah sedikit air jika bahan yang ditumis terlalu pekat
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN