Resepi turun temurun dari arwah nenek. Lauk untuk tengahari ni…..mengancam!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

*-*AYAM UNGKEP*-*

Resepi turun temurun dari arwah nenek. Lauk untuk tengahari ni…..mengancam!!!!

BAHAN-BAHAN

  • 8 ketul daging ayam
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • halia sebesar ibu jari
  • asam jawa sebesar ibu jari
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu jintan
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • garam secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 1/2 sudu makan minyak kelapa
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Serai, bawang dan halia diblender. Batang serai diketuk saja. Ketumbar dan jintan diblend kering hingga hancur.
  • Masukkan kesemua bahan dalam kuali kecuali minyak kelapa.
  • Masak menggunakan api yang sederhana dan ditutup. Air jangan terlalu banyak sebab ayam mudah lembut. Pastikan semua bahan dah sebati dan rasa yang cukup. Masak hingga hampir kering dan mesra. Barulah letakkan minyak kelapa tadi dan kacau sebentar dan angkat.
  • Cara sama kalau nak guna daging, ayam pencen dan ayam kampung. Tetapi penggunaan air lebih sedikit sebab ia lambat empuk.
  • Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN