Bagaimana cara nak masak Ayam Taucu Pedas?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Taucu Pedas
Bagaimana cara nak masak Ayam Taucu Pedas?
BAHAN-BAHAN
- 600 g isi ayam (dipotong kecil)
- 4 sudu makan minyak masak
- 3 biji cili merah
- 10 biji cili api
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- (Cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar bersama)
- 3 sudu makan taucu (dibasuh dan tapis)
- 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
- 1 sudu teh gula
- 1 pokok daun bawang (dihiris kasar)
- Garam secukup rasa (sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
- Potong kecil ayam. Basuh dan tuskan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan gorengkan sehingga sebati dan lembut.
- Masukkan taucu, bawang besar, dan gula. Kacau sebati.
- Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun bawang. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.