Lauk harian…enak dimakan bersama nasi putih panas… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Ayam Taucu Lemak Merah™

Lauk harian…enak dimakan bersama nasi putih panas… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam – potong 10, lumur garam, kunyit dan goreng hambal.
  • 2 biji bawang besar – hiris bulat*}
  • 4 biji cili hijau, merah – hiris serong*} – digoreng layu atau biarkan mentah ikut selera
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 sb penuh taucu – disiram air dan toskan, ramas kasar jika suka
  • 1/2 sb air asam / asam keping yang kecil (opt)
  • garam (opt), gula secukup rasa
  • secukup santan
  • segenggam bawang goreng
  • BAHAN KISAR HALUS :-
  • 10 tangkai cili kering atau lebih ikut selera
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 1/2 inc kunyit hidup
  • 1 sk belacan (opt)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam, masukkan bahan yang dikisar halus, serai dan tumis hingga wangi.Masukkan taucu dan kacau rata. Masukkan pula ayam goreng dan kacau lagi.
  • Tuang secukup santan dan secukup perasa dan masak hingga mendidih. Masukkan pula hirisan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kecilkan api dan masukkan bawang goreng, kacau dan renihkan kuah selama 5-10 min.
  • Jika suka, boleh tambah kacang panjang yang dipatahkan 2 inc panjang ke dalam masakan dalam cara2 ke (2).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN