mudah sangat dan sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Sweet Sour Haw Flakes

mudah sangat dan sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 4-5 ketul ayam, diperap dengan garam dan lada secukup rasa
  • 4-5 bungkus haw flakes, direndam dalam air suam
  • 2 ulas bawang merah dan putih, ditumbuk halus
  • 2 biji capsicum – cili benggala (merah, kuning atau hijau) – dibelah empat, atau ikut suka
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar tepung jagung (3 sudu untuk disalutkan pada ayam, 2 sudu untuk memekatkan kuah)
  • 2 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam yang diperap tadi disalutkan dengan tepung jagung dan goreng (deep fry). Angkat dan ketepikan.
  • Haw flakes yg direndam tadi, dihancurkan dan anda akan melihat ia telah larut dalam air. Jika suka, boleh tambah lebih byk haw flakes.
  • Tumiskan bawang tadi. Bila sudah naik bau, masukkan capsicum dan kacau.
  • Masukkan sos haw flakes, sos tomato, sedikit garam dan tepung jagung.
  • Masukkan gula dan kacau hingga ia pekat. Jika terlalu pekat, tambah air.
  • Tuangkan ke atas ayam goreng tadi.
  • Enak dimakan bersama nasi panas.
  • Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN