Project Description

Bagaimana cara nak masak Ayam Seroja?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Seroja

Bagaimana cara nak masak Ayam Seroja?

BAHAN-BAHAN

  • 6 ketul ayam (Dibuang kulit) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 batang serai 
  • 1 inci halia 
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih, serai dan halia dikisar bersama)
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis 
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih 
  • 1 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • 1 cawan kacang pis 
  • 1 sudu teh gula 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan dan gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian gorengkan. 
    2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar, serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau rata sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau lagi dan biarkan mendidih. 
    4. Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sehingga ayam lembut. 
    5. Apabila kuah pekat, masukkan kacang pis. Kacau sehingga rata dan tutup api. 
    6. Sedia hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.