Ayam Sambal Daun Kesum

Bagaimana cara nak masak Ayam Sambal Daun Kesum?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Sambal Daun Kesum

Bagaimana cara nak masak Ayam Sambal Daun Kesum?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam (dipotong kecil)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
  • 10 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
    (Cili merah, bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 5 tangkai daun kesum
  • 1 sudu makan jus limau kesturi
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
CARA PENYEDIAAN
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Gorengkan ayam sehingga masak sahaja (tidak garing). Angkat dan ketepikan.
  3. Asingkan separuh minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan daun kesum, jus limau kesturi, dan garam. Kacau sehingga pekat sedikit dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan bawang besar. Kacau rata dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago