Acar Berempah Ikan Masin

Bagaimana cara nak masak Acar Berempah Ikan Masin?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Berempah Ikan Masin

Bagaimana cara nak masak Acar Berempah Ikan Masin?

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan minyak masak
  • 3 keping isi ikan talang masin (dipotong kecil)
  • 4 inci halia                 
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • ( Halia, bawang besar dan bawang putih dikisar bersama)
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • ½ cawan cuka
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa (sekiranya perlu)
  • 1 mangkuk buah jeruk (dipotong kecil)
  • ½ cawan kismis
  • 30 biji bawang merah (saiz kecil)
  • ½ cawan bijan goreng tanpa minyak
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak masak dan goreng isi ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan rempah kari ikan. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan cuka, serbuk kunyit, gula dan garam (sekiranya perlu). Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan masin yang sudah digoreng, buah jeruk, kismis, dan bawang merah. Kacau sebati. Masakkan sehingga agak pekat.
  5. Taburkan bijan goreng dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago