Bagaimana cara nak masak Ayam Prun?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Prun

Bagaimana cara nak masak Ayam Prun?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam (dipotong sederhana) 
  • 2 sudu makan rempah kari daging 
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • 3 batang serai  
  • 1 inci halia             
  • 2 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • (Serai, halia, bawang besar dan bawang putih dikisar bersama)
  • ½ cawan minyak masak 
  • 1 inci kulit kayu manis (Rempah tumis)
  • 3 kuntum bunga lawang (Rempah tumis)  
  • 5 kuntum bunga cengkih (Rempah tumis)
  • 3 biji buah pelaga (Rempah tumis)    
  • ½ cawan air 
  • ½ cawan buah prun (dikisar) 
  • 2 sudu makan sos tomato 
  • 2 sudu makan sos cili 
  • 1 sudu makan gula 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Perapkan ayam bersama rempah kari daging, cili kisar, dan bahan kisar selama 1 jam. 
    2. Panaskan minyak masak. Masukkan rempah tumis dan kacau sehingga wangi. 
    3. Masukkan ayam yang diperap dan kacau rata sehingga sebati. Masukkan air. 
    4. Apabila mendidih, masukkan buah prun, sos tomato, sos cili, gula, dan garam. Kacau sehingga sebati. 
    5. Masak sehingga pecah minyak dan hidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN