Also masakan cina melaka. Kombinasi cendawan+taucu+kicap tu yang kasi dia punya ‘ummph’. Try la :p

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Pong Tay (Ayam masak taucu dan cendawan)

Also masakan cina melaka. Kombinasi cendawan+taucu+kicap tu yang kasi dia punya ‘ummph’. Try la :p

BAHAN-BAHAN

  • 4 ketul kecil Ayam
  • Segenggam Cendawan cina kering
  • 1 sudu besar Kicap pekat/Saus ABC
  • 2 biji Ubi kentang
  • 1 sudu kecil Tepung jagung, dicampur dengan sedikit air
  • Perasa (Garam, aji, gula dsb)
  • 2 cawan Air
  • Sedikit Minyak masak untuk menumis
  • 1 labu Bawang putih
  • 2 labu kecil Bawang merah
  • 1 sudu kecil Taucu
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam dan perap dengan sedikit garam. Cendawan rendam dalam air 15 minit hingga lembut.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih dalam sedikit minyak. Bila wangi masukkan taucu.
  • Masukkan cendawan dan ayam. Kacau-kacau seminit dua sampai kering airnya.
  • Masukkan air, kicap dan kentang. Biar sampai mendidih, kemudian kecilkan api dan biar dia merenih sampai agak pekat (pastikan tak melekat di dasar periuk)
  • Campurkan tepung jagung dengan air dan tuang dalam periuk. Kacau seminit, bila pekat, perasakan, tutup api, dan boleh dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN