Resepi try n error
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Penyet
Resepi try n error
BAHAN-BAHAN
- 1 bahagian ayam ( bahagian paha )
- 1 keping tempe
- Pelbagai rempah ( jintan manis, jintan putih, lada hitam )
- Sedikit serbuk kari
- Sedikit serbuk kunyit
- sedikit garam dan gula
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- sedikit halia
- Tepung beras untuk menggoreng
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
- Kukus ayam selama 10 minit.
- Kisar bahan ( bawang merah, bawang putih, halia dan pelbagai rempah )
- Perapkan ayam bersama bahan kisar. Tambah serbuk kari dan serbuk kunyit. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Perap untuk 45 minit. Perap hirisan tempe bersama bahan tersebut.
- Panaskan minyak. Celup ayam @ tempe dengan tepung beras sebelum digoreng.
- Ayam sedia dihidang. Boleh disertakan dengan sambal pilihan masing-masing.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.