Resepi diolah daripada majalah sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Panggang Dengan Plum Sos

Resepi diolah daripada majalah sedap

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 ekor ayam
  • Bahan A
  • 1/2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu besar pes tomato/tomato puri/spghetti sos*
  • 1/4 cawan sos plum*
  • 3/4 sudu teh garam*
  • 1 sudu teh lada hitam kasar*
  • 100ml air*
  • 1/2 biji lada benggala kuning dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala merah dipotong dadu
  • 1 sudu teh mentega
  • Bahan Pelengkap
  • 5 biji tomato cherry
  • 5 biji sweet pea/ kacang peas
  • 5 kuntum kecil brocolli
  • 5 kuntum kecil kubis bunga
  • 5 batang baby carrot
  • 5 batang asparagus dipotong seinci2
  • minyak untuk menumis
  • garam dan lada hitam untuk perasa
  • 1 biji bawang putih dicincang halus
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dicucuk-cucuk dengan menggunakan garpu.
  • Kemudian ayam dilumur dengan Bahan A dan diperap selama 30 minit/sejam
  • Dalam bekas yang lain gaulkan bahan yang bertanda *
  • Masukkan mentega, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit aroma.
  • Selepas itu masukkan bahan yang bertanda * masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ayam dan perlahankan api masak sehingga menyerap (lbh kurang 5-10minit) masukkan pula lada benggala yang didadu.
  • Letakkan di atas kertas aluminium yang bakar selama 40 minit dengan menggunakan api bawah 180C kemudian dengan menggunakan teknik broil/grill selama 10 minit dengan suhu 260C
  • Pelengkap: Masukkan minyak tumis bawang putih sehingga terbit aroma masukkan sayur2 perasakan dengan garam dan lada hitam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN