Project Description

Bagaimana cara nak masak Ayam Masak Ros?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Ros

Bagaimana cara nak masak Ayam Masak Ros?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 7 ketul ayam (Dibuang kulit) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 20 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • (Cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama)
  • 2 sudu makan tomato puri 
  • ½ cawan susu cair 
  • Gula secukup rasa 
  • 1 tin kecil kacang pis 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 6 kuntum bunga cengkih 
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 batang serai (Diketuk)
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. 
    2. Tinggalkan separuh minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    3. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan ayam, tomato puri, susu cair, gula dan garam. Masak sehingga pecah minyak dan pekat. 
    5. Taburkan kacang pis dan tutup api. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.