sedap dimakan ngan nasi minyak, nasi tomato, nasi putih pun sedapppp….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Merah Madu

sedap dimakan ngan nasi minyak, nasi tomato, nasi putih pun sedapppp….

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam – dipotong
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 8 biji bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 1 biji bawang besar – dibelah 6
  • 1 batang serai – diketuk
  • bahan tumis – bunga lawang dan adik beradik
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar madu
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit gula dan garam secukup rasa – jika perlu
CARA PENYEDIAAN
  • Lumurkan ayam yang dicuci bersih dengan garam dan kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.
  • Tumis bahan penumis, serai yg diketuk dan bawang besar hingga wangi.
    Masukkan bahan2 kisar dan cili kering dan kacau hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, madu, sedikit kiub ayam, sedikit gula dan kacau sebati, rasakan, jika ada yg terkurang boleh tambah hingga mendapat rasa yg seimbang, boleh tambah sedikit garam jika kurang masin.
  • Masukkan ayam yg digoreng tadi dan kacau sebati, boleh tambah sedikit air panas jika kuah agak pekat dan kacau lagi. Boleh tutup api dan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN