Simple tapi sedap ya amatttt….

Kredit to: Rakan FB Khaty Kay..TERIMA KASIH!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Merah/Ayam Masak Tomato

Simple tapi sedap ya amatttt….

Kredit to: Rakan FB Khaty Kay..TERIMA KASIH!!

BAHAN-BAHAN

  • 1 Ekor Ayam (digoreng separuh masak bersama garam dan serbuk kunyit)
  • 5 Ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 2 Biji Bawang Besar (dikisar bersama Bawang Putih)
  • 2 Cawan Cili Mesin (Cili Kering dikisar bersama air sehingga hancur)
  • 3 Batang Serai (diketuk)
  • 1 Inci Halia (dihiris halus)
  • 1-2 Batang Kayu Manis (ikut saiz)
  • 3-5 Biji Bunga Lawang (ikut saiz)
  • 1 Tin 220gram Tomato Puree
  • 1/2 Tin Susu Cair/Secawan Santan
  • Minyak Masak, Gula, Garam dan Asam Keping
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis Bawang Putih dan Bawang besar sampai naik bau.
  • Masukkan Serai, Halia, Kayu Manis dan Bunga Lawang
  • Masukkan cili mesin, tumis sehingga terbit minyak
  • Masukkan Tomato Puree, dikacau rata dan dibiarkan sebentar
  • Masukkan Ayam, Garam, Gula (lebihkan gula) dan sekeping Asam Keping. Dikacau rata
  • Masukkan Susu Cair, tunggu sehingga minyak terbit lagi dan siap!!
  • *Kalau suka boleh tabur bawang goreng…
  • **sesuai dimakan bersama Nasi Briyani dan Nasi Tomato

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN