Ayam Masak Merah yang paling cepat & sedap…Biasanya kalau saya buat Nasi Tomato, Ayam Masak Merah ni salah satu dari setnya…cuba lah…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Merah Aslieya’s Recepi (set untuk Nasi Tomato Express)

Ayam Masak Merah yang paling cepat & sedap…Biasanya kalau saya buat Nasi Tomato, Ayam Masak Merah ni salah satu dari setnya…cuba lah…

BAHAN-BAHAN

  • -Bahan Utama-
  • 1/4 ayam dipotong kecil (digaul dengan garam & kunyit)
  • -Bahan Kisar-
  • 1/2 biji bawang Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 cm Halia
  • Sebiji Tomato
  • 3 Senduk Cili kisar (kalau nak pedas buh banyak)
  • 3 sudu besar Sos Cili
  • -Bahan2 Lain-
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar dihiris.
  • Garam & Gula secukup rasa.
  • Sedikit daun sup
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam digoreng separuh masak & ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumiskan bahan kisar hingga pekat & cili masak.
  • Masukkan garam & gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam yang digoreng separuh masak.
  • Kacau sedikit supaya ayam & kuah bercampur rata.
  • Biarkan dalam 15 minit.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi.
  • Hidangkan dan taburkan daun sup di atasnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN