resepi mama saya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Lemak Tomato

resepi mama saya

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam yang dipotong sederhana kecil
  • 1-2 biji kentang dipotong wedges
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 3-4 sudu sos cili/tomato
  • 1 paket/kotak kecil santan segera
  • sehelai daun kunyit diracik halus
  • *Bahan-bahan untuk dikisar:
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1-2 batang kunyit hidup
  • *halia sebesar ibu jari
  • *1-2 batang serai
  • *1 tangkai cili merah
  • *7-10 tangkai cili api (boleh tambah kalau nak pedas)
  • *2 biji tomato
  • garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar* ke dalam periuk, letak atas api dan tumis tanpa minyak.
  • Setelah naik bau, masukkan sos cili/tomato, kacau, perasakan sedikit dengan garam dan masukkan ayam serta kentang.
  • Kacau dan tutup sekejap beberapa minit bagi bahan tadi meresap pada ayam dan keluar air dari ayam tersebut.
  • Masukkan santan dan kacau sebati sehingga ayam dan kentang benar-benar masak dan empuk.
  • Perasakan dengan garam dan gula, kalau dah ok cukup rasa tak perlu tambah.
  • Masukkan tomato yang dibelah 4 serta taburkan daun kunyit yang diracik. Siap untuk dihidang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN