Masakan Cina sesuai makan dengan nasi dan ikan masin jeruk

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kicap Halia

Masakan Cina sesuai makan dengan nasi dan ikan masin jeruk

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 ekor ayam
  • 3 inci halia, 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 susu besar kicap makan (masin), 3 sudu kicap makan (manis), sos tiram
  • 6-10 biji cendawan shitake dan 6 tangkai cili kering
  • 1 cawan @ 250ml air
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu kecil stok ayam
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 4 tangkai daun bawang
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dipotong kecil-kecil goreng bersama kunyit separuh masak sahaja.
  • Panaskan kuali, masukkan air, bawang putih dan halia sehingga mendidih. Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan stok ayam. Apabila sudah mesra masuk ayam yang telah digoreng tadi.
  • Cendawan shitake dibelah dua (direndam sebelum itu dengan air panas bagi lembut). Cili kering dipotong kecil-kecil. Masukkan cili dan cendawan. Kacau bagi mesra.
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam masakan. Potong daun bawang, gaul bersama. Kacau sehingga pekat kuah. Tutup api! Siap untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN