banyak stok kismis,nak makan gitew je,tak jalan..maka selamatlah ia menjadik habuan resipi ni.muahaha.asai pi kenduri,dapat kismis..asai dapat kismis,pi kenduri :P

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Kismis

banyak stok kismis,nak makan gitew je,tak jalan..maka selamatlah ia menjadik habuan resipi ni.muahaha.asai pi kenduri,dapat kismis..asai dapat kismis,pi kenduri :P

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam,potong 8
  • 150gm kismis hitam (atau 3 kotak kecik),
    dikisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 cawan santan
  • 10 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • satukan dan blendkan bahan bertanda *
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar,dipotong bulat
  • sedikit daun ketumbar dihiris kasar
  • Bahan2 untuk perap ayam:
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar gula melaka yang dah dicairkan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
CARA PENYEDIAAN
  • Perapkan ayam dengan bahan perapan selama 15 minit
  • Panaskan minyak,tumis bahan yang diblend hingga naik bau
  • Masukkan ayam yang diperap.Kacau rata.Masukkan santan dan masak hingga agak kering
  • Masukkan kerisik dan kismis kisar.Kacau hingga sebati
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali,masukkan bawang yang dipotong bulat dan daun ketumbar.Kacau.Tutup api
  • Hiaskan dengan daun ketumbar.Siap untuk dihidangkan bersama nasik.
    Sesuai dimakan dengan nasi berperisa seperti nasi jagung atau nasi tomato,mengikut kegemaran masing2

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN