arwah mak & jiran2 sekampung bila buat kenduri nasi ambeng, camnilah msk ayamnya.. lauk2 utk diletak atas nasi ambeng bersifat kering supaya mudah dibungkus dgn daun pisang & ia juga tahan sehingga esok..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
ayam kicap/semur mak kakbesah
arwah mak & jiran2 sekampung bila buat kenduri nasi ambeng, camnilah msk ayamnya.. lauk2 utk diletak atas nasi ambeng bersifat kering supaya mudah dibungkus dgn daun pisang & ia juga tahan sehingga esok..
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam dipotong2.(utk nasi ambeng belah 2 je) – digaram kunyitkan.
- 7 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih & 2 cm halia – ditumbuk
- 5 biji buah pelaga & 5 kuntum bunga cengkih
- 3 batang kulit kayu manis* (pilih la yg agak nipis & 4 kuntum bunga lawang*
- 1 sudu makan mumbung – lada hitam @ putih *
- 2 sudu makan bawang goreng
- 2 btg serai – dititik ( x wajib)
- kicap lemak manis kipas udang label merah secukup nya..
CARA PENYEDIAAN
- panaskn minyak terendam & goreng ayam hingga masak. jika ayam dibelah 2 kena tutup semasa menggoreng supaya dlmnya masak. selesai semuanya..ketepikan.
- goreng kayu manis & bunga lawang & biji lada hitam dgn sedikit minyak hingga ranggup..dlm 5 minit, api agk kecil.. jgn smpai hangus. pastu tumbuk @ blend kering hingga agk halus. masukkn sekali bawang goreng & kisar sebentar. ketepikan.
- kurangkan minyak goreng ayam td hingga tinggal 2 senduk. pastu tumis bawang2 & halia yg ditumbuk td hingga agak garing, masukkan bunga cengkih, pelaga & serai, seterusnya msukkn rempahan kisar, kacau hingga wangi.
- tuangkan kicap smbil dikacau rata terus masukkn ayam goreng, suaikn rasanya sambil dikacau rata hingga kicap mnjadi karamel, lekat pd ayam & terasing dr minyak.
- siap.. lauk ni tahan 2 hari .. tp, slalunya.. x smpai 2 hr dh selesai.. minyaknyer jer yg tinggal..hehe..
- Klik untuk isi cara-cara di sini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.