Masakan pure kelate..turun temurun dr ibu..sgt senang hanya 30min utk masak..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Kampung Singgang (Gulai masam Ayam)

Masakan pure kelate..turun temurun dr ibu..sgt senang hanya 30min utk masak..

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg Ayam Kampung
  • 5 helai cili kering* (boleh tambah jika suka pedas)
  • 5 ulas bawang merah (dimayam)
  • 3 sb rempah ketumbar*
  • 3 hiris lengkuas (agk2 1/2 cm 1 hirisan)-boleh juga diketuk
  • 3 sb BUDU (sesiapa yg x suka budu boleh juga diabaikan)
  • 1 sudu teh biji lada hitam
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 liter air
  • Garam
  • Gula
  • Bahan bertanda * hendaklah ditumbuk bersama
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam yg telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk
  • Masukkan bawang merah yg dimayam,cili kering,ketumbar,lengkuas, biji lada hitam (tidak perlu ditumbuk) dan jgn lupa masukkan 1 liter air ke dalam periuk baru hidupkan api.
  • Apabila telah mendidih boleh dimasukkan asam gelugor,garam dan gula sesedap rase. Bg penggemar budu boleh la dimasukkan budu sekali.
  • Reneh ayam dengan api perlahan sehingga nampak minyak ayam keluar..sy suka reneh lama sbb kuah akan sebati dgn rasa ayam,daging pun lebih empuk..sgt sedap..
  • Agak2 dlm 30min daging ayam telah empuk bolehla diangkat dan dihidang panas2 utk makan tghari..
  • Gambar diatas adalah hasilnya utk mkn tghari sy & suami sbb rindu dgn masakan ibu kat kelate..Selamat mencuba!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN