Sedap, mudah, bahan2 yg simple

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam grill dan blackpepper gravy

Sedap, mudah, bahan2 yg simple

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam, potong kecil2 (Supaya rasa perapan dapat dirasa setiap bhg isi ayam)
  • BAHAN PERAPAN AYAM
  • – 4 ulas bawang putih
  • – 1/4 labu bawang besar
  • – 3 sudu besar black pepper / lada hitam yg ditumbuk kasar
  • – 1 sudu besar black pepper / lada hitam blend halus
  • – 4 sudu besar sos tiram
  • – 5 sudu besar kicap pekat
  • – 6 sudu besar madu
  • – 1 kiub ayam maggie
  • – 1/4 sudu teh garam
  • BAHAN UNTUK BLACK PEPPER GRAVY
  • – 3 cawan air
  • – 1/2 tin susu cair
  • – 1 senduk tepung jagung
  • – 2 sudu besar black pepper / lada hitam di tumbuk kasar
  • – 1 sudu besar black pepper / lada hitam diblend halus
  • – 3 sudu besar madu
  • – 1/6 sudu teh garam
  • – 1 sudu besar butter
  • bahan2 optional utk menambahkan lagi rasa
  • 1/4 capsicum hijau
  • 1/4 capsicum merah
  • 1 labu bawang besar (kuning)
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk perapan ayam, tumbuk kasar2 black pepper, diikuti bawang putih, bawang besar.
  • di dalam periuk, tambahkan blended black pepper, madu, kicap pekat, sos tiram, bahan2 tumbuk (1), garam dan kiub ayam (hancurkan terlebih dahulu). sebelum dimasukkan ayam, RASA dahulu bahan perapan ini. Ubah ikut selera anda. bahan ini penentu sedap atau tidak ayam anda
  • Perap ayam selama 1 jam (lagi lama lagi best, letak dlm peti sejuk lagi best gak). Sementara menunggu ayam diperap, boleh la teruskan dengan penyediaan black pepper gravy.
  • Didihkan air bersama susu cair. Kemudian, masukkan black pepper halus dan kasar, madu dan garam. kacau hingga sebati
  • Di dalam cawan/ mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air suam (sikit je, sekadar utk melarutkan tepung jagung). kemudian masukkan di dalam periuk (4). kacau sebati.. adjustkan mengikut selera anda.
  • Sekiranya mahu lagi pedas, boleh lah ditambah dengan capsicum hijau, merah dan bawang. kacau2 hingga bhn2 ini layu sedikit. Tutup api, dan boleh la tambah butter dan kacau sebati. Fungsi butter adalah utk menaikkan seri gravy agar lebih berkilat.
  • Panaskan oven selama 10 minit, 180 darjah. Masukkan ayam yg telah diperap. Suhu 180 darjah, 30 minit, api atas bawah. sekiranya anda suka ayam grill yg lembap dan basah sikit, letakkan ayam atas bekas yg dilapik dengan aluminium foil. Sekiranya suka ayam yg garing, letak atas para (supaya air perapan dan air ayam, jatuh atas bekas)
  • utk menambahkan lagi nikmat dan kelazatan ayam, bila ayam sudah separuh masak (minit ke 15), buka oven dan lesetkan ayam dengan black pepper gravy. teruskan grill. kemudian, lesetkan lagi gravy di belah belakang ayam (minit ke 20). Tunggu hingga selesai.
  • Setelah selesai, tuang gravy atas ayam yg telah masak.. mmmmm, tak sabar nya!!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN