Resepi Chef Wan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Sri Wangi

Resepi Chef Wan

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (Potong 8)
  • 2 batang serai (Hiris halus)
  • 1 kuntum bunga kantan (Hiris halus)
  • *15 biji cili padi
  • *2 ulas bawang merah
  • 1 paket paste tomyam
  • 60ml air
  • 2 sdb madu
  • 3 sdb mayonis
  • 3 helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng
  • **3 sdb sos tiram
  • **1 biji telur (Pukul sikit)
  • **4 sdb tepung jagung
  • (** satukan utk marinade ayam)
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dicuci bersih dan digaul dgn bahan marinade, perap selama 1/2 jam. Kemudian digoreng hingga masak, ketepikan. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat.
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, serai, bunga kantan dan paste tomyam hingga naik bau.
  • Masukkan air dan madu, kacau hingga sebati. Masukkan ayam dan daun limau purut yg dihiris halus.
  • Tutup api dan masukkan mayonis. Gaul lagi hingga betul-betul sebati dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN