Satu lagi alternative penyediaan percik ayam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam (Goreng) Percik

Satu lagi alternative penyediaan percik ayam

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN (A)
  • 1″ halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • ——————————————————
  • 1/4 ekor ayam
  • 200 ml santan ( 150 ml santan pekat + 50 ml air)
  • sedikit belacan (dibakar seketika)
  • 1/2″ kunyit -ditumbuk halus ( 1 sk jika guna kunyit serbuk)
  • 1 keping asam keping/gelugur
  • 1 sb cili boh (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 1 sb nisan (yang siap diracik) / gula merah
  • 1 sk tepung jagung (optional)
  • secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A dikisar halus/blend..Dibahagikan kepada 2 bahagian
  • Ayam diperap dengan 1 bahagian bahan A (yang siap diblend) bersama sedikit garam.Goreng sehingga masak dan ketepikan.
  • Didalam kuali,masukkan santan, satu lagi bahagian bahan A, belacan, kunyit, asam gelugor dan cili boh.
  • Kacau sehingga mendidih.Masukkan tepung jagung dan nisan.Perasakan dengan garam.
  • Apabila kuah sudah cukup pekat.Tutup api dan boleh dicurahkan ke atas ayam goreng tadi.Sedia dihidang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN