Resepi sendiri aplikasi bahan sedia ada. Rasanya masam, manis dan pedas. Resepi ringkas dan mudah. Boleh guna lebihan roti dan kulit yang tak dimakan budak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Bersalut Sos

Resepi sendiri aplikasi bahan sedia ada. Rasanya masam, manis dan pedas. Resepi ringkas dan mudah. Boleh guna lebihan roti dan kulit yang tak dimakan budak.

BAHAN-BAHAN

  • Ayam bersalut :
  • 6 keping bahagian ayam yang berdaging / kepak
  • Kulit tepi roti dan 2 keping roti / serbuk roti / serbuk biskut tawar
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Sos / kuah :
  • 3 ulas bawang merah – ditumbuk halus/ kisar
  • 1 labu bawang besar – dibelah 2 dan dihiris sederhana
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • ¾ cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit sayur campur
CARA PENYEDIAAN
  • Susun roti dan kulit tepi atas dulang membakar. Bakar hingga garing.
  • Masukkan dalam pengisar kering dan kisar hingga jadi serbuk.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bawang tumbuk, pes cili hingga sederhana garing. Campurkan sedikit air jika kering.
  • Masukkan bawang dihiris, sos dan gula serta garam. Masukkan sedikit air dan tumis hingga garing. Bila dah agak pekat, masukkan sayur campur dan tutup api.
  • Campurkan serbuk kunyit dan garam. Salut pada ayam.
  • Pukul telur dan jirus pada ayam tadi. Kemudian salut dengan serbuk roti.
  • Goreng atas api sederhana sehingga keemasan. Angkat dan boleh diletakkan atas kuah tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN