Ayam Goreng Berempah Cara Mudah

Mudah disediakan..enak dimakan..Juga tak pedas,sesuai untuk kanak2

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Berempah Cara Mudah

Mudah disediakan..enak dimakan..Juga tak pedas,sesuai untuk kanak2

BAHAN-BAHAN

  • 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan
  • 1 cm halia*
  • 4 ulas bawang merah-potong dadu*
  • 4 ulas bawang putih-potong 2*
  • 3 batang serai-potong bulat*
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • 2 sudu mkn sos cili-boleh lebihkan sedikit jika suka
  • Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..
  • Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)
  • Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk..
  • Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakinnn enak!
  • NOTE:Sayap ayam tidak perlu digoreng terlalu lama untuk mengelakkan isi ayam yg kering.. SELAMAT MENCUBA ^_^

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago