Project Description

Bagaimana cara nak masak Ayam Goreng Asam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Asam

Bagaimana cara nak masak Ayam Goreng Asam?

BAHAN-BAHAN

  • 6 ketul ayam 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 4 biji cili merah (Dihiris) 
  • 2 biji cili hijau (Dihiris) 
  • 1 inci halia (Dihiris) 
  • 2 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris) 
  • 1 cawan air  
  • 2 sudu makan asam jawa 
  • 3 biji tomato (Dibelah 4)
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak 
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
    3. Masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan mendidih. 
    4. Masukkan ayam dan tomato. Kacau rata. 
    5. Sedia dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.