Cajun ialah rempah perapan Mexico. Rasanya pedas-pedas masam, begitu juga dengan salsa. Biasanya ayam cajun dimakan dengan guacamole tapi saya saja buat kuah sebab nak makan dengan nasi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam cajun dengan sos ala salsa

Cajun ialah rempah perapan Mexico. Rasanya pedas-pedas masam, begitu juga dengan salsa. Biasanya ayam cajun dimakan dengan guacamole tapi saya saja buat kuah sebab nak makan dengan nasi.

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu besar rempah cajun
  • 1 sudu besar minyak
  • Secubit lada hitam (hancur)
  • 1/2 biji limau nipis (atau 1 sudu kecil lemon)
  • BAHAN KUAH:
  • 1/2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1/4 biji bawang besar Holland
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1-2 sudu besar sos tomato
  • 1/4 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam dan keringkan sikit permukaannya. Campur 4 bahan pertama tadi dan jadikan pes perapan untuk disapu pada ayam.
  • Perap ayam selama 1/2 jam-1 jam. Bakar sehingga masak. (Saya bakar di atas pan pemanggang, untuk gunakan minyak ayam buat kuah).
  • Untuk kuah, potong bawang besar dan bawang putih halus-halus dan tumis dalam minyak ayam tadi. Setelah wangi masukkan cili giling.
  • Kacau cili lebih kurang seminit, dan masukkan tomato. Kacau-kacau hingga lembut.
  • Masukkan air dan sos tomato. Panaskan dan kacau hingga agak pekat.
  • Perasakan jika perlu dan angkat dari api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN