Makan dekat restoran di sini…balik rumah, saya cuba buat sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asparagus Stir Fry

Makan dekat restoran di sini…balik rumah, saya cuba buat sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ikat asparagus
  • 1 keping tauhu
  • ½ biji @ 1 biji lada benggala
  • 1 batang saderi
  • ½ cawan kacang gajus
  • 1 batang lobak merah
  • 2-3 biji bawang putih
  • ½ sudu minyak bijan
  • Minyak untuk menumis
  • ½ cawan air
  • 1 sudu tepung jagung
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Asparagus dibuang bahagian yang keras & potong 2, kemudian digoreng hingga sedikit layu & ketepikan.
  • Tauhu dipotong bentuk memanjang (atau kiub) pun boleh, kemudian goreng hingga kekuningan & ketepikan.
  • Lada benggala dipotong 4 segi kecik-kecik (anggaran 2cm x 2cm), kemudian goreng hingga sedikit layu & ketepikan.
  • Saderi dihiris nipis kemudian goreng hingga sedikit layu & ketepikan.
  • Gajus digoreng hingga kekuningan & ketepikan.
  • Lobak merah dihiris nipis kemudian goreng hingga sedikit layu & ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi & masukkan sesudu minyak bijan.
  • Masukkan air & biarkan mendidih. Kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung untuk melikatkan kuah. Masukkan garam.
  • Akhir sekali, masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi…dan kacau. Dah siap!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN