Resepi ni peberet encik suami. Kalau boleh, hari2 dia nak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ASAM PEDAS NYONYA

Resepi ni peberet encik suami. Kalau boleh, hari2 dia nak.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan merah
  • 20 tangkai cili kering (rebus utk bg lembut)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 biji buah keras
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan
  • 1 ketul kiub pati ikan bilis
  • Air asam jawa secukupnya
  • 5-6 biji bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, buah keras, kunyit hidup, lengkuas dan belacan.
  • Panaskan minyak, bg betul2 panas ye. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan serta kiub pati ikan bilis. Kacau sebati.
  • Setelah itu masukkan air asam jawa dan air utk kuahnya. Sukatannya anggaran tenggelam sikit ikannya nanti.
  • Renehkan dgn api sederhana selama 10 minit utk sebatikan rasa yg ada dlm kuah.
  • Masuk garam dan perisa tambahan. Kemudian masukkan ikan.
  • Setelah 5-10 minit atau anggaran ikannya masak, bolehlah masukkan bendi dan tomato.
  • Sedia utk dihidang. Sori gambar senget. Xtau mcm mana nk rotate. ;-)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN