Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Bungkus?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Bungkus

Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Bungkus?

BAHAN-BAHAN

  • 400 g ikan pari (Dibersihkan) 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
    (Semua cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih & serbuk kunyit dikisar bersama)
  • 1 cawan air asam jawa 
  • 3 tangkai daun kesum 
  • 6 biji bendi 
  • 1 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 2 batang serai (Diketuk) 
  • 5 tangkai daun ketumbar 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga 
      pecah minyak dan wangi. 
    2. Masukkan air asam jawa, garam, dan daun kesum. Biarkan 
      sehingga mendidih dan pekat. 
    3. Susunkan ikan, bendi, tomato, serai, dan daun ketumbar di atas 
      aluminium foil. Tuangkan bahan yang ditumis tadi. Bungkus dan 
      lipatkan. 
    4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan selama 20 minit. 
    5. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN