kuih tradisi pantai timur

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam gumpal / sagupal

kuih tradisi pantai timur

BAHAN-BAHAN

  • 250g sagu halus
  • 250g kacang hijau
  • sekeping gula kabung / gula melaka
  • 3 cawan santan dari sebiji kelapa
  • satu cawan air suam
  • setengah sudu kecil halba
  • sebiji bawang besar dimayang halus
  • satu inci halia dimayang halus
CARA PENYEDIAAN
  • buat inti dahulu: rebus kacang hijau dgn gula melaka hingga menjadi inti. sejukkan.
  • sagu halus digaul dengan air suam supaya mudah lekat. kemudian digumpalkan dan diisi dgn inti kacang ditengah
  • susun jarak-jarak sagu yg telah digumpalkan dgn inti dalam pengukus dan kukus selama 10-15 minit. sagu akan kembang dan kelihatan jernih
  • untuk kuah: bawang, halia dan halba dimasukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api yang sederhana dan dikacau untuk mengelakkan berserawa. masukkan sagu yg telah disejukkan di dalam santan hingga menggelegak.
  • boleh dimakan sejuk atau panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN