Sesuai untuk sape2 yg suka bread pudding dan sedap dimakan sejuk

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apple raisin bread pudding

Sesuai untuk sape2 yg suka bread pudding dan sedap dimakan sejuk

BAHAN-BAHAN

  • [ Apple syrup ]
  • 2 biji epal hijau (small size)
  • 60g raisin
  • 60g butter
  • 30g gula perang
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • [ Sos puding ]
  • 3 biji telur gred A
  • 125g gula halus
  • 500ml susu segar
  • sedikit esen vanila
  • 1 bungkus roti sandwich
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan Apple Syrup: Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil lebih kurang 1cm.Kemudian masukkan epal dan semua bhn sirap yang lain ke dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Kemudian padamkan api. Biarkan sirap ni sejuk selama 15-20 minit.
  • Sediakan sos: Masukkan telur,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gula semua larut. Kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.
  • Sediakan puding: Sapukan loyang dengan sedikit butter. Potong roti kepada 4(sekeping roti bahagi 4)
  • Aturkan kepingan roti ke dalam loyang. Kemudian letakkan sedikit apple syrup ke atas roti dan juga sosnya. Lepas tu letak pula roti di atasnya.Buatlah lapis-lapis sehingga abih. Akhir sekali dgn kepingan roti.
  • Letakkan loyang tadi ke dlm dulang oven. Masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut. Bakar selama 30 minit dengan suhu 140 degree. Bila dah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
  • * Nama apple syrup tu main hentam je.. tak keluar pula dlm paler ni nama yg lebih sesuai.. hentam sajelah labu.. eheheh

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN