Apple Crumble Ringkas

Salah satu daripada masakan untuk buah apel yang sesuai sebagai desert..senang, resipi mudah dan ringkas

BAHAN-BAHAN
  • 5 – 6 biji epal hijau (dibuang kulit dan di potong dadu)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk pala
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan butter yang telah disejukkan.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 180’C
  • Masukkan buah epal yang dipotong dadu kedalam kaserol tahan panas.
  • Satukan Gula Pasir, Serbuk Pala dan Serbuk Kayu Manis dan digaul rata
  • Taburkan dengan rata serbuk gula tersebut keatas epal tadi.
  • Dalam mangkuk lain satukan tepung dan gula perang, dan digaul dengan butter yang telah disejukan supaya menjadi seperti serbuk roti
  • Taburkan keatas epal tadi dan dibakar selama 30 minit.
  • Sedap bila dihidangkan bersama aiskerim…

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN