Apam yang sedap dan mudah. Bahan pun murah. sukatan pakai bekas tau fu fah pasar mlm tu (resepi dari sahabat saya di FB)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apam Tapai Beras
Apam yang sedap dan mudah. Bahan pun murah. sukatan pakai bekas tau fu fah pasar mlm tu (resepi dari sahabat saya di FB)
BAHAN-BAHAN
- Mula2 buat tapai dulu -Ambik satu bekas tau fu fah nasik sejuk -Gaul dengan setengah biji ragi ( ½ ) -Biarkan 2 hari sehingga tapai berair
- – ¾ bungkus tepung beras (hampir-hampir 1 bungkus)
- -Tapai nasi (gunakan semuanya)
- – 1 bekas tau fu fah air
- – ½ bekas tau fu fah gula
- – Sedikit garam
- – 1 sudu besar eno perasa biasa
CARA PENYEDIAAN
- Cara2
– Blend semua bahan (kecuali eno) - – Tutup bekas bancuhan dgn kain bersih dan perap selama 6-8 jam (saya selalu blend mlm..bangun pagi boleh kukus)
- – Masukkan 1 sudu besar eno ke dalam bancuhan yg telah diperap. Kacau sebati dan biarkan sekejap. (waktu ni boleh letak pewarna jika suka)
- – Masukkan dlm acuan dan kukus selama 5-10 minit (jgn terlampau penuh nanti melimpah bila dikukus). Boleh guna apa2 acuan yg disukai.
- Nota :
bancuhan yang tidak habis dikukus boleh disimpan dlm bekas tertutup dalam peti ais selama seminggu dengan syarat jgn dicampur eno. Bancuhan yg telah dicampur eno tidak boleh disimpan kerana apam akan jadi berat dan tidak gebu.Jika mahu mengukus separuh bancuhan, campurkan 1 sudu kecil eno. Separuh bancuhan lagi boleh disimpan. Jika bancuhan hendak dikukus, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan sehingga sejuknya hilang. Campurkan eno dan kukus seperti biasa.
- – boleh dimakan dengan begitu sahaja atau dengan kelapa parut. jika mahu kelapa lebih sedap dan tahan lama, kukus kelapa bersama garam dan daun pandan seketika.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.