Resepi dari majalah..yang pasti..mmg sedap nih!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Kentang

Resepi dari majalah..yang pasti..mmg sedap nih!

BAHAN-BAHAN

  • 200 gm gula pasir
  • 175 ml air kelapa
  • 25 ml air suji (x letak pn xpa, tambah je air suam sebanyak ni)
  • 1 helai daun pandan
  • 200 gm tepung beras
  • 175 gm kentang – kukus dan lecek jadikan 150 gm
  • 100 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 – 3 titis pewarna hijau
  • 1/8 sudu teh pes pandan
  • 250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
  • acuan secukupnya/bekas takir
CARA PENYEDIAAN
  • Reneh gula, air kelapa, air suji dan daun pandan hingga mendidih (jadikan 300 ml). Biarkan suam panas.
  • Tuangkan ke dalam tepung beras dan kentang lecek yang telah digaul sebati terlebih dahulu.
  • Setelah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik, garam, pewarna hijau dan esen pandan.
  • Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau selama 10 minit hingga adunan sebati.
  • Rehatkan selama 40 – 50 minit.
  • Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 30 minit dengan api yang besar. (Letakkan acuan kosong dulu dalam kukusan selama 1 – 2 minit sebelum dituang adunan).
  • Apabila apam telah naik dan merekah, bolehlah diangkat, sejukkan. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. (Kukus dulu parutan kelapa, garam bersama daun pandan untuk mengelakkan kelapa cepat basi)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN