rasa manis gula melaka & pisang
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apam Harum Manis
rasa manis gula melaka & pisang
BAHAN-BAHAN
- 300 gm gula melaka
- 350 ml air
- 3 biji telur
- 200 gm gula pasir
- 350 gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh bicarbonate of soda
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu maka esen vanilla
- 50 gm mentega, dicairkan
- 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
CARA PENYEDIAAN
- Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
- Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
- Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
- *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.