apam dot-dot

sesuai untuk minum tea waktu petang bersama keluarga tersayang….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

apam dot-dot

sesuai untuk minum tea waktu petang bersama keluarga tersayang….

BAHAN-BAHAN

  • tepung gandum 2 cawan setengah
    (diayak bersama baking powder 3 sudu teh)
  • gula 1 cawan suku(kalo xsuka manis boleh kurangkan sedikit)
  • 3 biji telur dari peti sejuk
  • susu sejat 3/4 cawan
  • 1 sudu teh ovelatt
  • 1 susu teh esen vanilla
  • blueberry filling
  • beberapa jenis pewarna
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan gula,telur dan ovelatt ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 5 minit atau sehingga kembang
  • masukkan esen vanilla, tepung gandum diselang selikan dengan susu sejat sehingga habis dan teruskan putar sehingga adunan menjadi gebu
  • setelah siap diputar,bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  • Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  • Picitkan blueberry filling secukupnya.
  • Picitkan lagi adunan yang berlainan warna atau warna yang sama sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  • Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago