Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Coklat

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air mendidih
  • 2 cawan tepung kek
  • 4 sudu makan serbuk coklat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung bersama serbuk coklat, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  • Putar telur bersama gula hingga kembang.
  • Masukkan susu manis dan kacau lagi.
  • Masukkan minyak masak.
  • Masukkan bahan 1 dan kacau.
  • Akhir sekali, masukkan air panas mendidih dan kacau.
  • Sapu loyang kukus dengan minyak supaya tidak melekat.
  • Isikan adunan dalam bekas pengukus dan kukus.
  • Saya selalu guna mangkuk untuk kuih lompang untuk kukus. Dalam 10 minit sudah masak, kalau guna bekas yang besar lambat sikitlah baru masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN