Resepi dari chef Joha Hassan. Sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

::Apam Balik::

Resepi dari chef Joha Hassan. Sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung – naik sendiri (Self raising flour)
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 1/4 sudu teh serbuk baking powder
  • 1/4 sudu teh bicarbonate soda
  • 2 cawan susu cair lemak (full cream milk)
  • Sedikit vanilla essence
  • Setitik pewarna kuning
  • :Bahan2 untuk inti nya:
  • 1 mangkuk kacang goreng yang sudah di tumbuk
  • 1 mangkuk jagung krim
  • 1 mangkuk gula pasir
CARA PENYEDIAAN
  • Di mangkuk yang besar, letakan tepung, garam & gula. Gaulkan supaya sebati.
  • Kemudian masukkan baking powder, dan bicarbonate soda, cacau semua nya rata2, pecah dan masukkan sebiji telur.
  • Pukul semua bahan2nya dengan whizz eletrik atau tangan. Tepung nya jangan terlalu pekat atau cair. letakan essence vanilla & sedikit pewarna kunning. Gaulkan semua nya dan tepikan sebentar.
  • Kemudian sediakan kuali yang rata yang tak melekat. Bila kuali nya sudah panas, letak secukup doh nya di kuali dan rata2kan menjadi bulat. Biarkan ia masak sebenar, bila buih2 kelihatan tunggu hingga ia hampir sedia.
  • Api nya jangan terlalu tinggi, kemudian letakan krim jagung, kacang goreng dan gula pasir secukup. Inti jangan terlalu banyak nanti ia akan terkeluar bila hendak di lipat dua.
  • Buat satu garisan ditengah bulatan lempeng anda, kemudian di hujung lempeng anda angkat dan lipatkan lempeng menjadi setengah. Kulit lempeng nya harus bewarna keemasan dan rata.
  • Untuk ia kelihatan bersih dan rata, jangan meletakan sebarang minyak atau mentega bila membakar lempeng anda. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN