Apam Bakar Santan

Aneka Kuih Apam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Bakar Santan

Aneka Kuih Apam

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 500 ml santan, dari 1/2 biji kelapa/(300 kara + 200 air)
  • 1/2 sdt garam
  • Bahan B
  • 250 gram tepung beras
  • 50 gram tepung ubi
  • 125 gram gula pasir
  • 1/4 sdt garam
  • 2 sdt yis segera
  • marjerin cair untuk meleser
  • Bahan C (Pati Santan): masak diatas api hingga mendidih
  • 150 ml santan pekat
  • 1/4 sdt garam
  • 1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Masak bahan A hingga mendidih. Angkat dan biarkan suam sedikit. Ketepikan.
  • Satukan bahan B, gaul hingga rata.
  • Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B gaul hingga rata dan adunan tidak berketul. Kisar sekejap di dalam blender dan biarkan di tempat panas selama 1-2 jam hingga adunan mengembang.
  • Panaskan non stick pan di atas api sederhana panas. Leser dengan marjerin (jgn terlalu banyak kerana kuih akan cepat hangus) dan tuang 50 ml adunan, lebarkan adunan dengan senduk biar menjadi bulat. Biarkan seketika sehingga kelihatan lubang-lubang terbentuk dipermukaaan adunan. Tuangkan 1 sdm pati santan di atas apam. Tutup kuali dengan penutup hingga santan kering dan masak.
  • Apabila masak, apam mempunyai lubang-lubang yang telus keluar.
  • Boleh juga di masukkan bahan seperti tapai beras atau tapai ubi untuk menambahkan rasanya.
  • Apam ini elok dibakar dengan menggunakan bara arang. selain menaikkan aroma kuih, teksturnya juga lebih lembut. Bila menggunakan dapur gas, api mestilah sederhana kecil.
  • kat sini tk letak santan sb abis stok, jdi kwan letak bijan hitam utk hiasan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago