Biskut butterscotch yang menggunakan butterscotch sauce instead of butterscotch chips. Butterscotch sauce boleh dibuat sendiri awal-awal atau dibeli siap di supermarket. Rasa biskutnya rangup kerana tidak menggunakan telur. (17 Feb 2012: Kalau guna butterscotch sauce elok jgn terlalu pekat sgt, sbb nnt masa bakar dia akan tambah caramelized dan buatkn biskut terlebih crunchy).
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
ANZAC Butterscotch Cookies
Biskut butterscotch yang menggunakan butterscotch sauce instead of butterscotch chips. Butterscotch sauce boleh dibuat sendiri awal-awal atau dibeli siap di supermarket. Rasa biskutnya rangup kerana tidak menggunakan telur. (17 Feb 2012: Kalau guna butterscotch sauce elok jgn terlalu pekat sgt, sbb nnt masa bakar dia akan tambah caramelized dan buatkn biskut terlebih crunchy).
BAHAN-BAHAN
- 1/2C tepung gandum
- 1/2C quaker oats
- 1/2C nestum
- 1/3C gula perang (boleh dikurangkan kpd 1/4C)
- 1/4C white choc chips – sy guna white choc yang dicincang halus
- 60g butter
- 1/4st soda bikarbonat + 1sb air mendidih
- 1/4C butterscotch sauce – resepi di sini
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan tepung gandum, oats, nestum, gula perang dan white choc chips dalam satu bekas. Gaul sebati dan ketepikan.
- Dalam bekas tahan panas, campurkan butterscotch sauce dan butter dan cairkan secara double boiler atau guna microwave oven.
- Campurkan soda bikarbonat dalam 1sb air mendidih, dan tuangkan ke dalam adunan butterscotch. Gaul rata.
- Tuangkan adunan ini ke dalam campuran tepung. Gaul guna sudu/senduk hingga sebati. Bulat-bulatkan adunan sebesar 1sb dan tekan sikit atas tray yang dialas baking paper.
- Bakar pada suhu 170C, 15-20 minit atau hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang. Biarkan 2-3 minit atas tray sebelum disejukkan sepenuhnya atas redai.
- NOTE: Jarakkan antara biskut lebih kurang 1.5inci. Boleh tambahkan lagi sikit butterscotch sauce hingga doh boleh terbentuk.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.