Kek coklat yang sedap..x susah mana nak buat…resepi masa belaja dulu-dulu…sesuai untuk apa2 majlis..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

American Cocolate Cake

Kek coklat yang sedap..x susah mana nak buat…resepi masa belaja dulu-dulu…sesuai untuk apa2 majlis..

BAHAN-BAHAN

  • (A)
    20 gm coklat emulco
    50 gm serbuk koko
    200 ml air suam
  • (B)
    250 gm mentega
    300 gm gula kastor
    ½ sudu teh garam

  • (C)
    240 gm telur (4 biji telur gred A kalau x ada bleh guna 5 biji telur gred B)
    1 sudu teh esen vanilla
  • (D)
    250 gm tepung paling halus
    ½ sudu teh serbuk soda bikarbonat
    1 sudu teh serbuk penaik
  • GANACHE
  • 50 gm sirap kencana
    400 ml wipping cream
    500 gm coklat masakan
    50 gm mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan (A) dan kacau hingga sebati,ketepikan dahulu.
  • Pukul bahan (B) sehingga kembang dan berbentuk krim lalu masukkan bahan (C
  • Masukkan bahan (D) dan (A) dan gaul hingga sekata.
  • Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9” yang sudah di gris sebaiknya dialas dengan kertas minyak. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan pada suhu 180`C selama 50-60 minit. Biarkan kek sejuk setelah masak.
  • GANACHE
  • Masukkan semua bahan dan kukus(pastikan air tidak masuk) atau menggunakan kaedah double boil sehinga cair. Biarkan semalaman pada suhu bilik atau disejukkan di dalam peti sejuk untuk satu jam. Selepas coklat ganache pekat putar sekejap dengan pemutar kek untuk mendapatkan stuktur yang lagi cantik.
  • 6. Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. Sapu coklat ganache di antara lapisan kek dan susun dengan elok. Salutkan seluruh kek dengan coklat ganache dan hias mengikut krativiti masing-masing.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum dihidang
  • selamat mencuba……….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN