Bentuk jejari sesuai untuk kanak-kanak.. mudah nak pegang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Almond Peanut Stick

Bentuk jejari sesuai untuk kanak-kanak.. mudah nak pegang.

BAHAN-BAHAN

  • *60g serbuk badam
  • *25g gula aising
  • *1 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telur putih
  • 25g gula aising
  • Mentega kacang secukupnya
  • Sedikit gula aising
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak semua bahan yang bertanda (*).
  • Pukul telur putih dengan 25g gula sehingga kembang (‘meringue’).
  • Kemudian masukkan bahan ayak tadi ke dalam ‘meringue’. Kacau dengan spatula sehingga sebati.
  • Panaskan oven sehingga 160C.
  • Masukkan adunan tadi ke dalam beg paip (‘piping bag’). Paipkan sepanjang 10cm. Paip perlahan-lahan biar jadi gemuk-gemuk. (Saiz muncung (‘nozzle’) yang saya guna 8mm).
  • Taburkan sedikit gula ke atas jejari tadi. Bakar selama 20-25 minit.
  • Sebelum makan, sapukan dengan mentega kacang. Kemudian kepitkan.
  • NOTA: Telur kuning yang tak digunakan dalam resipi ni, boleh diguna untuk resipi Coffee cheesecake stick

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN