Resepi dari Suami

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

alfredo with Fettucini

Resepi dari Suami

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket – Fettuccine ( pasta ) direbus & dituskan
  • 1 ltr – whipping Cream
  • 3 sudu bsr – minyak zaitun ( minyak sawit / minyak sayur )
  • 10 kepingan ayam digunting bersegi-segi ( boleh beli kat kedai bhg frozen food – kepingan daging ayam ni kelihatan seperti chedar cheese )
  • 1/2sudu kecil – serbuk lada sulah ( kalau nak lagi pedas letak 1 sudu atau ikut suka
  • 1 labu – Bawang putih ( dicincang lumat ) utk menumis
  • sdkt – serbuk basil (jenama mc cormick atau jenama lain)
  • sdkt – serbuk oregano (jenama mc cormick atau jenama lain)
  • 1 tin – cendawan butang (dihiris nipis )
  • 1 peket – serbuk parmesan cheese( lagi banyak letak , lagi best ) suka hati le..
  • 5 sudu bsr – tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air = utk pekatkan kuah)
  • Gula dan garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih dgn minyak zaitun, tumis sehingga kekuningan. -gunakan api sederhana.
  • Masukkan secubit garam dan gula ke dalam bawang putih yg ditumis.
  • Masukkan whipping cream kemudian masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air. Kacau hingga kuah
    menjadi pekat.( jgn berhenti kacau,kerana kuah akan jadi berketul- ketul )
  • Masukkan serbuk lada sulah, basil , oregano, hirisan cendawan butang, dan kepingan ayam.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan 1/2 peket serbuk parmesan cheese ke dalam kuah. ( lagi banyak cheese lagi sedap )
  • Setelah kuah mendidih, Hidangkan fettuccini pasta dan siram kuah yg siap dimasak di atas pasta fettucini, taburkan serbuk parmesan cheese ke atas pasta yg siap berkuah.
  • -cara2 di atas adalah cara utk memasak kuah krim Alfredo.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN