Ais Krim Potong

Resepi dr Yummie Bakery BBBangi. Nak buat hanya 5 minit. Sebaiknya, bahan2 disediakan sebelum start masak sebab nak jaga2 supaya tak berketul teksturnya. 1 adunan penuh dapat lebih kurang loyang 8×8″ atau 4 tray ice cubes. Terdapat 3 perisa iaitu DURIAN, KACANG MERAH DAN JAGUNG sebagai pilihan hati.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ais Krim Potong

Resepi dr Yummie Bakery BBBangi. Nak buat hanya 5 minit. Sebaiknya, bahan2 disediakan sebelum start masak sebab nak jaga2 supaya tak berketul teksturnya. 1 adunan penuh dapat lebih kurang loyang 8×8″ atau 4 tray ice cubes. Terdapat 3 perisa iaitu DURIAN, KACANG MERAH DAN JAGUNG sebagai pilihan hati.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A
  • 250g Gula kastor
  • 3.5 sb susu tepung @ coffeemate
  • 350ml air
  • BAHAN B – Bahan2 tepung tak boleh banyak2, takut ais nanti rasa tepung :(
  • 1.5 sb paras tepung ubi ** (utk kacang merah guna 2sb)
  • 3 sb paras tepung jagung
  • 50 ml air
  • ** Campurkan tepung2 dengan air, kacau2
  • ## BAHAN C – PERISA DURIAN
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 200g isi durian (sebaiknya diblender dgn santan supaya tak guna cecair tambahan)
  • 0.5 sk pewarna kuning
  • ## BAHAN C – PERISA KACANG MERAH
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 250g kacang merah – rebus, lecek. Eenat guna kacang dalam tin jer. ~Blender dgn santan gak
  • 0.5 sk pewarna Rose pink
  • ## BAHAN C – SWEET CORN @ JAGUNG MANIS
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 1 tin “Creamy sweet corn” ~ blender dgn santan gak
  • 0.5 sk Lemon Yellow – blh guna yellow gak pon, setakat pewarna jer ;)
CARA PENYEDIAAN
  • Guna kaedah whisk supaya tidak berketul2. Api sederhana shj. Sentiasa dikacau supaya tekstur ais krim halus
  • Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
  • Tuang dalam acuan ais krim atau ice-cube tray atau loyang atau apa2 jer yang blh diisi. Eenat letak dalam loyang biscuit cutter mcm dlm gmbr..acuan ais krim cik ti dah geget ..grrr
  • Bila dah sejuk, masukkan dlm freezer. Bekukan semalaman @ 8 jam.
    Dah siappp !! Selamat mencuba. . ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago