?Air Katirah™

Minuman yang popular waktu bulan Ramadhan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Air Katirah™

Minuman yang popular waktu bulan Ramadhan.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ltr air
  • 240 g gula pasir
  • 15 biji badam tanpa kulit
  • 1 tin susu cair
  • 100 g katirah (contoh gambar sila lihat di glossary )
  • beberapa titik pewarna hijau atau merah – jika suka
  • BAHAN ISIAN TAMBAHAN JIKA SUKA :-
  • segenggam kembang semangkuk – direndam berasingan
  • 1 sb biji selasih – direndam berasingan
  • buah kurma dibuang biji dan potong kecil2
  • agar2 siap makan – disagat
  • secukup ketulan ais
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
  • Masak air dan gula pasir hingga gula larut.Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tuangkan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih,kacau sentiasa.Matikan api dan biar sejuk.
  • Setelah air sejuk,masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata.Titikkan pewarna pilihan jika suka dan tambahkan bahan2 isian tambahan secukupnya.Sejukkan didalam peti sejuk.
  • Air katirah lebih enak diminum sejuk tanpa ketulan ais.
  • Ini contoh katirah yang telah direndam semalaman.Lebihan katirah yang telah kembang boleh disimpan di dalam freezer dan dibekukan dan tahan berbulan2.
  • Contoh gambar kembang semangkuk yang belum direndam :-

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago