Daging Kicap

Resipi pepandai sendiri jer…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Kicap

Resipi pepandai sendiri jer…

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A:
  • 500g daging – ptg kecil
  • 1/2 inci halia – ketuk
  • BAHAN B:
  • 4 butir bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1/2 inci halia – mayang halus
  • rempah tumis – kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • 1 sudu kecil lada hitam – ketuk kasar
  • 1/2 botol kecik kicap soya
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji lemon – ambil jus sahaja
  • 2 sudu besar madu
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji tomato – belah 8
  • 2 biji bawang besar – potong baji
  • cili merah atau cili api
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan A ke dalam kuali bertutup. Dengan api sederhana, biarkan ia mendidih dengan air yang keluar dari daging hingga air hampir kering.
  • Panaskan minyak di dalam kuali berasingan dan masukkan rempah tumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan hiris (bawang merah, bawang putih, halia) hingga sedikit layu.
  • Masukkan lada hitam, sos tiram dan kicap dan biarkan hingga mendidih. Kemudian tuangkan bahan tumis ke dalam rebusan daging (A) tadi. Masukkan madu dan jus lemon, kacau rata.
  • Biarkan seketika agar semua bahan mesra.
  • Campakkan tomato, bawang besar dan cili. Biar mereneh sehingga bawang sedikit layu.
    Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago